Kemudahan sukan di Kelantan perlu dipertingkatkan bagi memastikan usaha melahirkan lebih ramai jaguh dalam pelbagai bidang dapat dilaksanakan pada masa depan.
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Kelantan, Mod Nazri Yaakob, mengakui kemudahan sukan di negeri ini agak ketinggalan berbanding negeri-negeri lain.
Sambil mengalu-alukan pelantikan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Mod Nazri berharap masalah ini akan mendapat perhatian sewajarnya daripada kerajaan demi pembangunan sukan di negeri ini.
"Kemudahan sukan di Kelantan agak terhad berbanding negeri lain yang setiap daerahnya mempunyai kompleks sukan komuniti.
"Namun, Kelantan belum mempunyai kemudahan itu dan saya harap perkara ini dapat dilihat secara menyeluruh oleh pihak kementerian demi kebaikan semua pihak," katanya.
Mod Nazri juga berkata Kelantan sebenarnya tidak ketandusan bakat dalam bidang sukan seperti dibuktikan menerusi penganjuran liga sukan untuk semua (Lisus) yang berjaya mencungkil ramai bakat baru.
"Besar harapan saya agar program mencungkil bakat dapat diperkasakan di negeri ini pada masa depan.
"Namun, masalah (ketiadaan kemudahan) ini membantutkan usaha mencungkil bakat baru," ujarnya.