Jurulatih hoki wanita negara, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah, sudah menjangka kemenangan anak buahnya ke atas Kazakhstan yang dianggap sebagai pasukan belasahan dalam kempen kali ini.
Riak wajah Dhaarma bersahaja tatkala Malaysia menamatkan saingan dengan Kazakhstan menerusi kemenangan besar 13-1 di Stadium Tun Razak, malam tadi.
Tegas Dhaarma, ia merupakan kemenangan yang sudah dijangka dan kemenangan besar itu tidak membawa apa-apa kelebihan buat Malaysia.
“Pemain-pemain bermain dengan cemerlang dalam perlawanan ini, mereka berjaya menghasilkan setiap perancangan yang telah diberikan.
Bakal bertemu Thailand dalam aksi suku akhir, Dhaarma tidak teragak-agak melabelkan lawan mudah untuk dijinakkan, namun pasukan itu dijangka mampu memberikan saingan melebihi Kazakhstan.
“Thailand dilihat bakal memberikan tentangan kepada kami kerana terdapat peningkatan dalam permainan mereka sejak Sukan SEA 2015 di Singapura.”
Malaysia dilihat tidak akan berdepan sebarang masalah untuk mengatasi Thailand, namun lawan yang menanti dalam separuh akhir, iaitu Itali, dijangka memberikan kesukaran buat Malaysia.
Malaysia menang besar 13-1 pada Selasa mengatasi Kazakstan dalam saingan terakhir peringkat kumpulan untuk menduduki tempat kedua.