Skip to main content

Advertisement

Sepak Takraw

Kemelut PSM: PJS ikrar tidak pilih kasih

markiman_2.jpg
Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) memandang serius aduan dibuat Presiden Persatuan Sepaktakraw Selangor, Datuk Markiman Kobiran, yang memohon membatalkan segala agenda Mesyuarat Agung (AGM) Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), 24 Jun lalu.

Markiman membuat aduan tersebut di Pejabat PJS hari ini. 

Tegasnya, selain pelaksanaan sistem undian yang tidak telus, turut menjadi pertikaian adalah beberapa agenda mesyuarat yang tidak dibentangkan dengan rapi.

Biarpun mengambil tempoh 20 hari untuk tampil ke depan, PJS menjelaskan Markiman berhak untuk membuat aduan kerana tidak melanggar tempoh 30 hari selepas AGM dilaksanakan.

"Jika terdapat apa-apa pelanggaran di bawah peruntukan Akta Pembangunan Sukan 1997, kami akan mengambil tindakan tegas terhadap PSM.

"Kami menjalankan tugas dengan telus dan tegas," kata PJS, Datuk Zaiton Othman. 

Dalam masa sama, PJS juga masih menanti laporan maklumat daripada pihak PSM untuk siasatan lanjut. 

Jika dakwaan Markiman benar bahawa terdapat salah laku urus tadbir dalam PSM, badan induk itu bakal berdepan hukuman penggantungan.

"Saya sering mempertikaikan bahawa dalam setiap AGM, pegawai-pegawai yang dilantik dalam AGM terdahulu perlu dilucutkan jawatannya. 

"Dengan itu, mereka tidak layak untuk mengundi tetapi sebaliknya berlaku," kata Markiman. 

Advertisement

Must Watch Video