Bintang tenis Switzerland, Roger Federer, meluahkan kelegaan selepas kesemua empat nama besar dalam sukan tenis, termasuk Rafael Nadal, Novak Djokovic dan Andy Murray berjaya layak ke kelompok 16 terakhir selepas kali terakhir pada tahun 2014.
Nadal, yang sering bertungkus-lumus ketika beraksi di permukaan rumput grand slam, gagal ke pusingan keempat sejak 2011 dan turut terlepas kejohanan tahun lalu akibat kecederaan.
Begitu juga dengan Murray, yang dilihat bergelut dengan masalah kecederaan, namun akhirnya berjaya mengesahkan statusnya sebagai bintang tenis untuk layak ke pusingan keempat kejohanan.
Bagi Federer, dia tidak terkejut dengan prestasi bintang-bintang tersebut.
“Saya rasa ia adalah hebat.
“Saya dapat rasakan bahawa semua pemain akan menampilkan aksi terbaik, terutama Murray dan Djokovic, dan mereka berjaya membuktikannya,” ujar Federer.
Dia menundukkan cabaran Mischa Zverev dalam pusingan ketiga sambil menyifatkan dirinya kini lebih bersedia berbanding ketika mengesahkan kejuaraan Terbuka Australia, awal tahun ini.