Skip to main content

Sukan Lain

Kem latihan di Melbourne persiapan terbaik hadapi LTDL 2017 -- TSG

anuar-manan.jpg

Kem latihan di Melbourne amat dinantikan pelumba Terengganu Cyling Team (TSG), Anuar Manan, kerana dapat bertemu semula dengan jurulatih, Jeremy Hunt.

Hunt, yang juga bekas pelumba pasukan SKY, kini menetap di Melbourne dan pernah melatih beberapa pasukan utama di Australia.

Khidmatnya diikat oleh TSG buat sementara dengan persiapan menghadapi saingan Le Tour de Langkawi (LTD) 2017 menjadi tumpuan.

Namun, bagi Anuar, kelibat Hunt bukan lagi asing kerana dia pernah berlatih bersama individu itu semasa mewakili pasukan Baku Cycling Project pada 2013.

Anuar bersama tujuh lagi pelumba TSG berlepas ke Melbourne pada Isnin untuk kem latihan pra-musim selama 45 hari di sana.

"Daripada segi jadual, memang kena dengan apa yang kami sasarkan. Aspek keserasian bukan satu masalah untuk tahun ini," jelas Anuar.

Buat seorang lagi pelumba TSG, Adiq Hussainie Othman, latihan di Melbourne juga tidak lagi asing buat dirinya.

Ini kerana dia pernah mewakili kelab dari Australia, Drapac Porsche, sebelum ini dan pasukan itu juga menjadikan Melbourne sebagai antara lokasi latihan.

Tekanan lebih memuncak buat Adiq kerana dia menjadi sandaran utama TSG bagi mempertahan jersi pelumba terbaik Asia yang dimenanginya pada edisi 2016.

"Di sana, kami ada banyak perlumbaan, dalam seminggu kami mengadakan tiga kali perlumbaan.

"Diharapkan persiapan untuk hadapi LTDL dan Sukan SEA di Melbourne akan membuahkan hasil yang terbaik," ujar Adiq.

Advertisement

Must Watch Video