Skip to main content

Sepak Takraw

Kem Final Klinik STL: Selain disiplin serta bakat, pendedahan media juga penting

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

takraw.jpg
Peluang sekali dalam seumur hidup dilalui peserta Kem Final Klinik Liga Sepak Takraw (STL) 2025.

40 peserta yang terpilih diberi keistimewaan melawat Pusat Penyiaran Astro di Bukit Jalil sebagai salah satu program yang dirangka khas buat mereka.

Kehidupan seorang atlet dan dunia penyiaran berpisah tiada. Para peserta yang terdiri daripada usia 13 hingga 17 tahun diberi pendedahan menyeluruh dunia penyiaran yang membantu meningkatkan keyakinan diri selain menawarkan bayangan kehidupan yang bakal mereka lalui selaku pemain skuad negara suatu hari nanti.

Peserta yang terpilih kini menjalani fasa kemuncak, dengan setiap pemain diundi bagi membentuk gandingan yang bakal berentap bagi memilih pemain terbaik bagi setiap posisi.

"Saya dapat mempelajari erti kerjasama, selain memperoleh pengalaman berharga serta berjumpa rakan-rakan dan menimba ilmu daripada bekas pemain kebangsaan," kata Muhammad Haziq Haqimi.

"Disiplin harus dipertingkat. Kalau nak berjaya dalam sukan harus ada disiplin," kata Mohamad Azlan Abdullah.

"Program ini bagus bukan sahaja fokus kepada bakat, malah pendedahan media.

"Kami mahu menunjukkan bahawa ini ialah permulaan dan kesinambungan kepada sukan ini," kata bekas pemain kebangsaan, Azlan Mubin.

Peserta-peserta itu dikumpulkan di Akademi Sepak Takraw Malaysia, Stadium Raja Muda, Kuala Lumpur (KL) selama 5 hari.

Selain bakat mereka dinilai, perincian disiplin daripada pelbagai aspek turut menjadi ukuran dalam melahirkan jaguh pada masa hadapan.
Garmin

Lebih Dari Sekadar Jam

Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video