Skip to main content

Sukan Lain

Keluarga, jurulatih jadi pendorong utama Wee Wern

wee-wern-010717.jpg
Pemain skuasy wanita negara, Low Wee Wern, menyifatkan keluarga serta jurulatihnya merupakan tunjang utama dalam membantunya mengembalikan prestasi asal selepas mengalami kecederaan lutut (ACL) pada penghujung 2016.

Wee Wern mula mengalami kecederaan lutut dua tahun lalu, namun kembali beraksi di gelanggang sekitar 10 bulan selepas menjalani pembedahan pertama.

Dia berjaya menempatkan diri dalam kelompok 20 pemain terbaik dunia selepas itu tetapi selepas melalui proses imbasan, doktor mengesahkan lututnya kembali mengalami kecederaan.

“Ketika itu, saya agak tertekan kerana saya tiada pilihan lain selain melakukan pembedahan kali kedua.

“Lebih menyedihkan, saya terpaksa melalui dua proses pembedahan dalam masa tiga bulan,” ujar Wee Wern.

“Mujur keluarga dan jurulatih memainkan peranan utama dalam mengembalikan keyakinan saya,” tambahnya.

Wee Wern kini dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan di London, Disember tahun lalu.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video