Skip to main content

Sukan Lain

Kelewatan tiba jurulatih baru tidak bimbangkan skuad tinju negara

kelewatan-tiba-jurulatih-baru-tidak-bimbangkan-skuad-tinju-negara.png
Skuad tinju negara enggan memikirkan status jurulatih baru dari Cuba, Omar Puentes Malagon, yang sepatutnya tiba ke Malaysia, Sabtu lalu, di sebalik masa semakin suntuk untuk Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Ogos depan.

Bekas jurulatih skuad tinju Thailand itu sepatutnya tiba bulan lalu, bagaimanapun, berdepan masalah pasport yang memaksanya menangguhkan perjalanan ke Malaysia.

Apa yang melegakan, masalah itu tidak menjejaskan persiapan skuad tinju negara untuk temasya terbesar Asia Tenggara yang berbaki 7 bulan lagi.

"Program kami sama seperti jurulatih baru yang akan tiba. Cuma kami menanti mereka untuk membawa kami berlatih di luar negara," kata peninju kategori 48kg negara, Mohd Fuad Redzuan.

"Bagi saya, jenis latihan yang sama akan diberikan oleh jurulatih baru. Cuma mereka akan mendapatkan kami rakan sepelatih yang baru," kata Khir Akyazlan Azmi, peninju kategori 68kg.

Skuad negara kini dibimbing penolong jurulatih, Azmi Mohd Yunus.

"Mungkin kami perlu memperbaiki kemahiran individu bagi menghadapi perlawanan akan datang. Saya percaya jurulatih yang akan hadir dapat memberikan sesuatu yang baru buat peninju negara," kata peninju kategori 81kg, Adli Faiz Mohd Fauzi.

Kali terakhir peninju negara meraih emas Sukan SEA adalah di Palembang, Indonesia pada 2011 menerusi Mohd Farkhan Haron.

Advertisement

Must Watch Video