Skip to main content

Sukan Lain

Kelayakan Para Asia 2018: Malaysia perlu elak Thailand, Hong Kong

basketballpara.jpg
Skuad bola keranjang berkerusi roda negara harus memburu kedudukan dua teratas dalam peringkat kumpulan sekiranya ingin mengelak daripada bertemu tuan rumah dalam suku akhir Kejohanan Kelayakan Sukan Para Asia di Bangkok, Thailand bermula 5 Mac ini.

Skuad bimbingan jurulatih, Lim Ming Lip, ini diundi dalam Kumpulan B bersama-sama Hong Kong, Indonesia dan China.

Melihat ia bukanlah kumpulan yang mudah, Ming Lip berharap pasukannya berwaspada dengan ancaman China dan Hong Kong untuk berada dalam kedudukan dua teratas kerana enggan berdepan Thailand dan Taiwan yang pastinya akan mengungguli Kumpulan A.

Thailand dan Taiwan sememangnya dianggap kuasa besar dalam sukan ini dan mampu memusnahkan misi Malaysia untuk meraih kedudukan empat teratas secara keseluruhan agar layak ke Sukan Para Asia 2018.

"Sebelum ini, kami pernah berdepan Hong Kong dan telah menewaskan mereka dalam saingan di Incheon, Korea Selatan. Tetapi mereka baru-baru ini telah beraksi dalam kejohanan kelayakan Piala Dunia dan kami menyedari pendedahan mereka lebih luas daripada skuad negara," kata Ming Lip.

"Kami akan menurunkan barisan pemain yang sama seperti sebelum ini. Cabaran kami adalah beraksi dalam saingan kelayakan Sukan Para Asia ini dengan 10 pemain."

Advertisement

Must Watch Video