Setahun berlaku Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Azizulhasni Awang, kembali ke velodrom di Suphanburi, Thailand -- di mana Kejohanan Trek Piala Asia diguna sebagai medan ujian untuk mengukur kesiapan diri.
Gangsa berjaya diraih dalam acara pecut individu, dan tempat kelima dalam keirin.
Sepanjang 2025, fokus utama Azizulhasni adalah mengembalikan asas -- latihan kuat di gim, kuasa letupan sprint, serta pengurusan rutin fizikal dan mental.
Teknik ‘rebuilding' dan 'regaining pace’ menjadi teras persiapan dan pastinya sasaran besar sudah jelas -- Sukan Asia 2026 di Aichi-Nagoya dan Sukan Komanwel 2026.
Di sana, dia mahu membuktikan, walaupun usia menjangkau 38 tahun, semangat dan kekuatan masih ada.
Kepulangan Azizulhasni bukan sahaja menggemparkan velodrom, malah menjadi tonik tambahan, pembakar semangat dan sumber inspirasi buat barisan pelapis negara untuk meneruskan legasi sang legenda.
"Secara keseluruhan saya amat berpuas hati dengan prestasi semasa ini, kami akan melihat daripada hasil ini bagi membuat persiapan akan datang.
"Saya cukup kagum dengan barisan pelumba muda dan mereka amat memerlukan lebih banyak pengalaman untuk mengembangkan lagi startegi mereka."
Sukan Lain
Kejohanan Trek Piala Asia: Medan 'comeback' Azizulhasni Awang
Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena