Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Sukan Lain

Kejohanan Tinju Golden Gloves: Asuad anggap kemenangan satu keajaiban

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tinju-golden-gloves.jpg
Peninju TUDM, Mohamad Asuad Halim, berasakan kemenangan yang dicapainya dalam saingan hari terakhir Kejohanan Tinju Golden Gloves di Johor merupakan satu keajaiban.

Ini kerana dia bertemu lawan terbaik dalam acara Middleweight 75kg, Fitry Othman (TDM), dan ia bukan tugas mudah.

"Pertemuan amat sengit dan saya berdepan antara peninju terbaik di Malaysia," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fatin Ruzaiman.

"Alhamdulillah, rezeki saya untuk memenangi pertandingan ini.

"Persiapan saya tidak begitu baik tetapi Alhamdulillah, apa yang saya buat dan apa yang saya hajatkan tercapai," katanya.

 

Advertisement

Must Watch Video