Harapan tunggal skuasy negara, S. Sivasangari di Kejohanan Skuasy Dunia Chicago, terhenti di pusingan suku akhir selepas kemaraannya disekat wakil tuan rumah, Olivia Weaver dengan keputusan 8-11, 11-7, 7-11, 6-11.
Pengarah Kejurulatihan Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Andrew Cross, mengakui momentum yang dipamer Sivasangari ketika aksi menentang weaver berbeza berbanding di saingan pusingan ketiga tempoh hari.
Tetapi dia percaya, status sebagai pilihan keempat kejohanan semestinya memberi kelebihan buat Weaver yang jelas sukar digugat dengan servis dan pukulan balas sempurna yang berjaya menumpulkan serangan wakil negara.
"Saya rasa dia bermain dengan sangat baik dan berharap dia mampu meneruskan rentak permainannya, namun perlawanan itu sememangnya sengit antara kedua-dua pemain," katanya menerusi Nadi Arena.
Kekalahan itu menamatkan kemaraan Sivasangari dalam kejohanan tersebut, namun rentetan prestasinya sejak kebelakangan ini, dia terus menunjukkan peningkatan dan konsistensi memberangsangkan.
"Selepas ini mereka akan bermain di Terbuka Britain dan Kejohanan Individu Asia, jadi ya, ia satu peralihan yang agak pantas buat mereka."