Perbezaan dua mata memberikan pesilat negara, Farah Mazlan, gelaran juara dunia selepas menewaskan wakil Singapura, Nadhrah Shahrin, 25-23 dalam final tanding puteri kategori A, Kejohanan Silat Dunia di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh sebentar tadi.
Farah memulakan aksi dengan agresif untuk mendahului 11-3 pada penghujung pusingan pertama.
Bagaimanapun, Nadhrah mula merapatkan jurang mata kepada 16-22 pada penghujung pusingan kedua, sekali gus menjadikan aksi dalam pusingan terakhir semakin menarik untuk disaksikan.
Lawan dari Singapura itu kemudian merapatkan jurang sehingga satu ketika hanya ketinggalan tiga mata di kedudukan 20-23 sebelum mengikat kedudukan 23-23 tetapi Farah berhasil melakukan jatuhan terakhir berbaki 35 saat pertarungan untuk bergelar juara.