RAGBI
Kejohanan Ragbi Super Schools 2025: SMAD JIWA keluar kelompok bawahan
Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa (SMAD JIWA) akhirnya berjaya keluar dari kelompok bawah kedudukan selepas meraih empat mata menerusi kemenangan ke atas Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra (SYP) dengan keputusan 23-3.
Beraksi di padang sendiri memberikan kelebihan psikologi buat pemain tuan rumah, yang membuka tirai jaringan menerusi ‘try’ pertama Zulkhairi Rooslan, sebelum Qushairi Hakimi dan Uzair Asri turut mencatat nama selaku penjaring ‘try’ dalam perlawanan ini.
Tonggak utama SMAD JIWA, Isa as Saadi, membuktikan ketenangan di bawah tekanan apabila berjaya menyempurnakan satu conversion dan dua penalti, menjadikan dirinya penyumbang mata terbanyak dan dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.
Iklan
SYP hanya mampu meraih tiga mata hasil sepakan penalti tunggal Husaini Zahidi, namun gagal memecah benteng pertahanan kental SMAD JIWA sepanjang permainan.
Kemenangan itu menyaksikan SMAD JIWA berjaya memperbaiki pungutan mata untuk kedudukan tempat ketiga dalam carta Kumpulan D.
Must-Watch Video