Wan Muhammad Fazri mendominasi hari pertama Kejohanan Olahraga Terbuka Terengganu Cahya Mata apabila dinobatkan sebagai pemenang pingat emas acara 800m meskipun sudah melepasi prestasi terbaiknya, musim ini.
Seiring dengan legasi keluarganya, Fazri memiliki latar belakang sukan menerusi ayahnya, Wan Zahari, yang berasal dari Kelantan pada era 70an menjadi nadi semangat kepada api perjuangannya untuk berada dalam skuad olahraga kebangsaan.
Sebagai rekod, Fazri mengharungi musim cemerlang selepas merangkul tiga pingat emas di temasya utama, Olahraga Terbuka Malaysia, Sukan Universiti ASEAN (AUG) dan Sirkit Institut Pendidikan Tinggi.
"Ayah saya banyak memberikan motivasi buat saya selaku atlet selain menyokong saya ketika latihan demi mengharumkan nama keluarga.
"Saya mahu membuktikan kepada semua orang bahawa saya mampu melangkah lebih jauh!" katanya.