Pemegang rekod kebangsaan lontar peluru, Jonah Chang, berasa panik seketika apabila kecederaan lama kembali menghantuinya.
Kesakitan kronik di bahu kanannya menjadi penghalang buat Jonah terus bernafsu untuk mencapai prestasi kemuncak.
Ini berikutan jadual padat semasa penganjuran super series keempat ini yang hanya berlangsung dua hari, dengan Jonah mengambil bahagian dalam 3 acara iaitu lempar cakera dan baling tukul besi sebagai medium pembelajaran teknik yang berkait rapat dengan rutin lontar peluru.
Namun, sebaik melakukan lontaran pertama, Jonah tidak mampu untuk mengerah keringat sebaliknya sekadar bersaing mengikut kemampuan dan situasi ini jelas merisaukan jonah apabila program pemerkasaannya tergendala dan harus fokus terhadap pemulihan kecederaan bahu tersebut susulan saingan Sukma Sarawak hanya kurang daripada sebulan lagi.
"Kecederaan ini jika tidak ambil dengan tegas maka ia akan berisiko lebih tinggi.
"Kecederaan ini baru lagi iaitu pada hari Isnin lepas, tetapi prestasi saya hari ini bagus walaupun saya tidak menjangkakan untuk dapat memecahkan rekod saya hari ini.
"Balingan pertama saya sudah merasakan kesakitan, dan saya menjangkakan kecederaan ini akan lama sejak pagi tadi." katanya kepada Nadi Arena.

Atlet lontar peluru negara, Jonah Chang memecahkan rekod kebangsaan di Asian Throwing Championship, Korea Selatan.
— karlnunis (@_karlnunis) October 24, 2023
Bukan sekali tapi 2 kali merekodkan lontaran terbaik, 17.61m & 17.67m @ASTROARENA pic.twitter.com/N8lESsBRWU