Atlet karate negara, Syakilla Salni Jefry Krishnan, terpaksa menyertai acara kumite kategori 61 kilogram dalam Kejohanan Kebangsaan di Serdang, Selangor bermula Sabtu ini kerana gagal menurunkan berat badan sambil Persekutuan Karate-Do Malaysia (MAKAF) menetapkan semua wakil kebangsaan perlu muncul juara.
Syakilla sedang bergelut untuk menurunkan berat badan bagi menyertai kategori 55kg.
Dia berusaha sejak pulang dari Amsterdam, Belanda dua minggu lalu tetapi terpaksa akur menyertai kategori 61kg dalam Kejohanan Kebangsaan ketika beberapa atlet negara bersedia untuk mencabarnya dalam kategori 55kg.
Bekas atlet ranking nombor satu dunia itu juga mengadakan pertemuan dengan ketua pegawai eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) bagi mencari jalan terbaik menyelesaikan isu berat badan.
Syakilla berdepan masalah berat badan sejak tahun lalu hingga terlepas banyak mata kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020.
"Beberapa tahun lalu, saya beraksi dalam kategori 61kg, kemudian turun ke 55kg dan kini kembali kepada 61kg. Namun, saya pernah memenangi pingat emas di pentas Sukan Asia bagi kategori 61kg," kata Syakilla.
"Janji saya yang pertama, akan cuba layak ke Olimpik tanpa merit. Saya akan cuba layak menerusi sistem mata dan itu sasaran pertama."
ISN pula mencadangkan Syakilla beralih ke kategori 61kg memandangkan dia berdepan kesukaran menurunkan berat badan.
Jika diteruskan, wujud risiko buat atlet itu mengalami kecederaan.
"Lemak sentiasa lebih banyak berbanding otot. Malah, ada lemak yang betul-betul perlu dalam tubuh untuk badan yang sihat.
"Jika memaksa peratusan lemak dalam badan terlalu rendah, ia akan menjejaskan prestasi serta pencapaian latihan fizikal," kata penasihat perubatan ISN, Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz.
Sementara itu, MAKAF menetapkan semua atlet negara perlu muncul juara kebangsaan atau berdepan risiko digugurkan.
Ia selaras dengan harapan jurulatih negara, Ali Reza Souleymani, yang mahu menghimpunkan atlet terbaik di Malaysia menjelang Sukan SEA Filipina, November depan dan kelayakan Olimpik Tokyo.
"Kedua-duanya (jurulatih dan atlet) perlu memainkan peranan penting. Jurulatih telah diberi kuasa untuk menilai dan memastikan atlet yang dipilih adalah yang terbaik," ujar Setiausaha Agung MAKAF, Datuk Nur Azmi Ahmad.