Nasib tidak menyebelahi skuad futsal negara apabila kecundang di tangan Indonesia dalam saingan Kejohanan AFF Futsal di Stadium Tertutup Huamark, Bangkok, Thailand sebentar tadi.
Meskipun rekod pertemuan menyebelahi Malaysia, kekalahan terbaru itu adalah yang kedua dalam enam pertemuan sejak 2016.
Ia merupakan aksi kedua Malaysia dan Indonesia dalam kempen kali ini, Indonesia yang berpesta gol ke atas Brunei semalam, menghadirkan ancaman menerusi gerakan-gerakan pantas.
Namun sebaik selesa, Malaysia yang ditunjangi kapten, Mohd Khairul Effendy, mula menyerang kubu Indonesia, namun percubaannya pada minit kesembilan sekadar tersasar.
Indonesia pula berpeluang mengintai jaringan pada minit ke-11, namun rembatan Holypaul Septinus atau Evan Soumilena Sipi melepasi tiang gol.
Walaupun saling bertukar serangan, kedudukan kekal seri tanpa jaringan dibawa ke babak kedua.
Momentumnya lebih mengujakan dari Indonesia tampil mengejutkan anak buah kendalian Chiew Chun Yong dengan jaringan pembukaan Soumilena yang akhirnya menewaskan Muhd Syawal Sabaruddin.
Mujur Malaysia tidak mengambil masa lama untuk menyamakan kedudukan, peluang disempurnakan penyerang Pahang Rangers, Ridzwan Bakri.
Namun ia tidak melunturkan semangat Indonesia -- yang terus menduga Syawal sehinggalah dia tertewas lagi ketika permainan berbaki 11 minit dengan tolakan Ardiansyah Nur.
Strategi Indonesia sekali lagi berhasilkan untuk membolosi gawang Malaysia -- kali ini rembatan Soumilena meletakkan Indonesia mendahului 3-1.
Kian terdesak, gerakan powerplay Malaysia memakan diri apabila Ardiansyah berjaya menyumbat dua gol secara berturut turut.
Kekalahan ini menyaksikan Malaysia kekal ditangga ketiga selepas dua perlawanan untuk mengumpul tiga mata manakala Indonesia yang merupakan Juara 2010 dan Naib Juara 2019 meraih enam mata bérada di belakang Thailand yang gah menerajui kumpulan dengan kelebihan jaringan.