Tanggal 31 Julai 2022, menjadi detik bersejarah apabila jaguh silat negara, Al-Jufferi Jamari, menamatkan pertarungan paling epik dalam sejarah melibatkan dua pesilat terbaik di bumi nusantara, selepas menewaskan Iqbal Chandra Pratama menerusi keputusan 35-21 di MITC, Melaka sebentar tadi.
Sensasi Al-Jufferi meletakkannya antara pesilat terbaik dunia sepanjang zaman susulan menikmati gelaran dunia keempat peribadi pada penampilan terakhir di arena kompetitif.
Al-Jufferi Jamari tiada tandingnya -- Pertempuran itu merupakan perlawanan ulangan di Sukan SEA Hanoi yang lalu di mana Al-Jufferi merekodkan kemenangan namun cedera di bahagian bahu kanannya.
Biarpun belum pulih sepenuhnya dan bakal melakukan pembedahan selepas Kejohanan Dunia -- Al-Jufferi kekal tenang membuka langkah di awal saingan.
Kelincahan dan kematangan pesilat berusia 30 tahun itu menjadi kunci mendominasi kesemua tiga pusingan hasil gerakan valid drop.
Biarpun lawannya cuba menggasak di akhir saingan, Al-Jufferi kekal tenang mengelak asakan itu sekaligus kembali berada di kemuncak dunia.
Laungan takbir jadi penutup karier gemilang Al-Jufferi Jamari.