Laungan takbir jadi penutup sempurna buat jaguh silat negara, Al-Jufferi Jamari, menempah tempat di separuh akhir Kejohanan Silat Dunia -- walaupun diberikan tentangan hebat daripada wakil Filipina, Alvin Campos, dalam pertarungan di suku akhir.
Juara dunia tiga kali itu berdepan detik sukar di sepanjang 15 tahun kariernya di arena kompetitif selepas pesilat dari Filipina itu sengaja melakukan kekasaran sambil bertarung dengan gaya kickboxing.
Juffery sememangnya jadi tumpuan utama ekoran reputasi gah yang dimilikinya di pentas antarabangsa.
Namun situasi yang dialami Jufferi ternyata di luar semangat kesukanan apabila terpaksa bertempur dengan gaya pertarungan jalanan dan bukannya seni silat.
Malah Alvin Campos beberapa kali dikenakan tindakan pemotongan lima mata gara-gara menumbuk muka Jufferi.
Namun pada ketika tahap kesabarannya dicabar, Jufferi kekal tenang mempertahankan seni warisan bangsa dengan disiplin yang tinggi untuk meraih kemenangan 59 berbalas 41.
"Saya telah bertemu lawan ini empat kali dan dalam perlawanan ini saya cuba menunjukkan semangat kesukanan," kata Jufferi.
"Sepanjang perlawanan ini, terdapat beberapa yang dilakukan Alvin berniat untuk mencederakan saya.
"Tetapi saya kekalkan momentum dan memastikan kemenangan ini."