Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akur dengan keputusan Datuk Zaiton Othman untuk bersara, sekali gus mengosongkan portfolio yang dipegang sebagai Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS).
Bekas ratu heptatlon negara itu mula menjawat jawatan itu pada Januari 2015 menggantikan Datuk Ahmad Shapawi Ismail yang diberi tanggungjawab mengetuai Majlis Sukan Negara (MSN).
Persaraan sebagai PJS itu berkuat kuasa hari ini dan ia mirip ketika dia melakukan perkara sama sewaktu bergelar atlet 30 tahun lalu, iaitu pada 1989, susulan kejayaan memenangi pingat emas acara heptatlon Sukan SEA buat kali ketiga.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pula menegaskan kepentingan untuk seorang bekas atlet meneruskan kesinambungan tugas itu.
"Dia telah menjalankan tugas yang terbaik buat kementerian. Sebelum ini, banyak cubaan untuk membawa dia ke tempat lain tetapi masa diberikan. Selepas ini, kami akan mencari seorang lagi calon, mungkin bekas atlet juga untuk mengetuai PJS," kata Syed Saddiq.
Antara seliaan terakhir Zaiton sebagai PJS adalah penarafan persatuan kebangsaan bagi tahun 2018 yang menyaksikan 11 persatuan gagal memberikan sebarang maklum balas.
"Ia sangat mengecewakan ia berkaitan dengan urus tadbir di mana piawaian yang kami letakkan itu bukanlah sesuatu yang sukar dan ketat. Saya akan bincangkan dengan pimpinan baru, apa tindakan susulan yang akan diambil ke atas persatuan yang tidak mengikut piawaian yang diletakkan," tambah Syed Saddiq.
"Perkara ini serius kerana jika dipandang remeh, mereka akan mengambil ringan seperti tidak menghantar dokumen serta fail yang diminta."