Bekas pelumba lebuh raya negara, Jusof Udin, merayu Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyelamatkan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) atau dia terpaksa menghentikan rawatan dialisis penyakit kencing manis.
Jusof adalah antara 2,500 bekas atlet negara yang mendapat bantuan YAKEB sejak ditubuhkan pada 2007.
Dia merupakan bekas pelumba lebuh raya era 70 dan 80-an yang pernah menyertai tiga Sukan Asia dan tiga Sukan SEA.

Namun, kini hidupnya bergantung kepada ubat-ubatan selepas mengalami penyakit kencing manis sejak beberapa tahun lalu.
"Bantulah bekas-bekas atlet negara yang telah berjuang demi Malaysia," kata Jusof.
"Jika boleh, selamatkanlah YAKEB demi kebajikan bekas-bekas atlet yang pernah berkhidmat untuk negara," kata bekas pelumba basikal trek negara, Rosman Alwi.