Rentetan kemenangan Andrey Rublev dalam siri ATP 500 berakhir di tangan Aslan Karatsev dalam hari penganjuran Kejohanan Tenis Terbuka Dubai yang penuh bersejarah itu.
Rublev telah memenangi 23 perlawanan berturut-turut setakat ini, pencapaian kedua selepas Roger Federer (28), tetapi Karatsev akhirnya mengakhiri pencapaian luar biasa pemain Russia itu untuk mara ke final perseorangan ATP pertamanya, sebentar tadi.
Karatsev, yang mempamerkan prestasi luar biasa apabila mara ke separuh akhir Terbuka Australia tahun ini, cemerlang mengalahkan rakan senegaranya itu 6-2, 4-6, 6-4.
Dia merintis laluan sebagai pemain peluang khas pertama untuk mara ke final sejak Thomas Muster melakukannya pada 1997 apabila menghasilkan 41 pukulan cemerlang dan memaksa 16 mata 'tie break' -- memenangi empat kali -- sepanjang 2 jam 12 minit pertarungan di atas gelanggang.
"Ini adalah perlawanan yang sangat sengit untuk menentang seorang pencabar yang sukar," kata Karatsev dalam wawancara sejurus perlawanan itu.
"Ia adalah satu pencapaian yang luar biasa daripada Andrey. Dia tidak tewas dalam ATP 500 dalam masa setahun. Kemenangan ini acap kali diputuskan dengan jurang satu atau dua mata sahaja sebab saya berasa gembira."
Perlawanan penentuan juara itu akan melibatkan dua finalis baru di Dubai selepas Lloyd Harris mengejutkan Denis Shapovalov dalam satu lagi perhitungan separuh akhir.
Pemain nombor 81 dunia itu mengatasi pilihan utama, Dominic Thiem, Filip Krajinovic (pilihan ke-14) dan bekas finalis Terbuka Amerika Syarikat (AS), Kei Nishikori, untuk lolos ke separuh akhir tetapi memerlukan kebangkitan dalam set kedua, apatah lagi ketinggalan 2-4 sebelum beroleh kejayaan ke atas pemain nombor 12 dunia, Shapovalov.
Dia menang 6-7 (5-7), 6-4, 7-6 (8-6) untuk mara ke final ATP 500 buat julung kalinya dan menjadi pemain kelayakan pertama yang mara sejauh itu di Dubai.
"Saya kehilangan kata-kata ketika ini. Saya sangat gembira dengan kemenangan ini," kata Harris.
"Tewas dalam set pertama dan ketinggalan 2-4 sedikit merumitkan keadaan mental dan fizikal saya, tetapi ia mendorong saya menampilkan permainan terbaik. Saya sangat gembira dengan keputusannya."

?? @AsKaratsev is into his first ATP Tour singles final! ?
— ATP Tour (@atptour) March 19, 2021
He ends Andrey Rublev's ATP 500 winning streak at 23 matches with a 6-2, 4-6, 6-4 victory in Dubai. pic.twitter.com/3cw8XYqiX8