Majlis Sukan Negara (MSN) memberi lampu hijau buat atlet karate negara, Syakilla Salni Jefri Krisnan, untuk bertukar kategori menjelang Kejohanan Karate-Do Kebangsaan minggu ini setelah atlet tersebut menghadapi masalah berat badan.
Syakila mengalami masalah penambahan berat badan sehingga diarah pulang daripada kem pusat di Amsterdam, Belanda.
Sebelum ini, dia beraksi dalam acara kumitee kategori bawah 55kg, kategori dia diletakkan sasaran untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 tetapi dengan pertambahan berat badan yang mendadak, Syakilla mungkin terpaksa beralih ke kategori bawah 61kg menjelang Kejohanan Kebangsaan di Serdang, bermula Rabu ini.
MSN tidak menghalang langkah berkenaan, sebaliknya menuntut Syakilla supaya beraksi bagi mendapatkan semula keyakinan di dalam gelanggang setelah dipalit beberapa kontroversi sebelum ini.
"Buat masa ini, berat badannya masih melebihi 55kg dan saya pernah berbincang dengan Makaf kerana apa salahnya membenarkannya bertanding kali ini bagi mendapatkan rentak kompetitif dalam kategori bawah 61kg," kata Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail.
Dalam masa yang sama, MSN kini sudah meletakkan Syakilla di bawah pemantauan ketat Institut Sukan Negara (ISN) dalam usaha membantu atlet tersebut daripada sudut diet yang ideal bagi mengembalikan semula berat badan bawah 55kg.
Syakilla sebelum ini terpaksa menarik diri daripada menyertai dua saingan Liga Perdana: Liga K1 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), dan seterusnya Series A Karate 1 di Salzburg, Austria, awal bulan ini gara-gara masalah berat badan.
"Usahanya menurunkan berat badan untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan lebih mudah menghadapi kesukaran.
"MSN dan ISN akan membantu dan pastikan Syakilla mendapat latihan yang lebih mantap," tambahnya.