Skip to main content

Advertisement

Sukan Asia

Karate: MAKAF beri jaminan Syakilla bakal tampil aksi terbaik

vincent.jpg
Persekutuan Karate-do Malaysia (MAKAF) memberi jaminan pembawa jalur gemilang kontinjen negara, Syakilla Salni Jefri Krisnan, akan kembali ke prestasi sebenar dalam Sukan Asia Indonesia 2018.

Ini merupakan perkembangan positif buat kontinjen negara bagi menghadapi Sukan Asia dengan Syakilla yang telah menangani isu berat badan untuk beraksi dalam acara kumite kategori bawah 55kg di Indonesia bulan depan.

"Kami sangat gembira dengan Syakilla sejak beberapa hari lalu dan dia menghormati setiap tindakan yang dikenakan," kata Setiausaha Agung MAKAF, Vincent Chen.

MAKAF turut menjanjikan lima pingat buat Malaysia dalam Sukan Asia meskipun gagal mempamerkan prestasi meyakinkan dalam Kejohanan Karate-do Asia 2018 di Amman, Jordan, 15 Julai lalu.

"Setiap atlet yang beraksi mampu melahirkan pingat untuk negara dan saya yakin mereka mampu melakukannya."

Advertisement

Must Watch Video