Ketua jurulatih skuad hoki Kanada, Paul Bundy, bimbang dengan peluang pasukannya untuk menewaskan Malaysia dalam aksi kelima Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, malam ini, selepas pemainnya beraksi di bawah keupayaan sebenar.
Kanada gagal menepati ramalan selaku pasukan pilihan kedua kejohanan.
Gawang mereka bolos sebanyak 14 kali dalam empat perlawanan, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai kerapuhan kubu pertahanan pasukan itu.
Pasukan di ranking ke-10 dunia itu berdepan tugas sukar untuk menentang tuan rumah, Malaysia, yang kini umpama harimau terluka selepas gagal ke final.
"Secara jujurnya, saya tidak terlalu mengambil kisah kedudukan ranking kerana mana-mana pasukan boleh menewaskan kami.
"Kesemua pasukan kini sedang melakukan persediaan menjelang kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020.
"Saya tidak terlalu memikirkannya.
"Saya sedar tumpuan utama kami adalah untuk layak ke Sukan Olimpik dan Malaysia kini selangkah di depan kami," katanya.
Pukulan sudut penalti Kanada juga tidak menjadi selepas hanya berjaya meledak tiga gol menerusi gerakan itu.
Statistik tersebut menunjukkan wakil Amerika Utara itu merupakan pasukan ketiga paling lemah dalam menyempurnakan gerakan itu selepas Jepun dan Poland.
"Saya berpendapat peratusan pukulan sudut penalti kami tidak terlalu buruk.
"Ia bukan tumpuan utama kami kerana kami lebih menumpukan kepada aspek-aspek lain.
"Pendekatan kami mudah. Jika kami dapat memperbaiki kesilapan yang dilakukan dalam suku pertama dan kedua serta dapat beraksi seperti dalam suku ketiga (ketika tewas 3-7 kepada India semalam), ia pasti akan menjadikan perlawanan itu menarik buat kedua-dua pasukan," tambahnya.