Skip to main content

Sukan Lain

Kami tidak pergi untuk sia-sia -- Shakirin

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

18617syakirin_1.jpg
Pemain ping pong negara, Shakirin Ibrahim, tidak dapat bersama keluarga menyambut Hari Raya Aidilfitri bagi memberi tumpuan kepada kem latihan pusat di China selama enam minggu bermula esok sebagai persiapan fasa akhir untuk Sukan SEA.

Shakirin mengidamkan untuk meraih satu kejayaan Ogos ini oleh kerana ia mungkin Sukan SEA terakhir buatnya. 

Dua tahun lalu, Shakirin sekadar berpuas hati dengan meraih pingat gangsa menerusi acara berpasukan lelaki.

Kini, bagi memantapkan lagi persiapan, Shakirin dan skuad ping pong negara akan berkelana selama enam minggu di Beijing untuk menjalani latihan pusat dan juga beberapa perlawanan persahabatan.

"Sedih itu memang ada kerana terpaksa tinggalkan anak isteri tetapi kerana kami tidak pergi untuk sia-sia, jadi perasannya lain. Kesedihan itu berkurangan apabila saya pergi dengan ada tujuan," katanya.

Turut bersama Shakirin ialah Ng Sock Khim yang turut menjadikan Sukan SEA kali ini yang terakhir dalam kariernya. 

"Sasaran saya adalah tiga gangsa tetapi saya rasa rakan sepasukan saya tidak kira lelaki atau perempuan boleh bermain dengan lebih baik," katanya.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video