"Kami letak harapan tinggi untuk silat di Sukan Sea'
Berikut laungan Menteri Belia dan Sukan (KBS), Hannah Yeoh, susulan kejayaan skuad pencak silat negara yang meraih tujuh pingat emas, tiga perak dan empat gangsa dalam Kejohanan Pencak Silat Asia 2025 di Vietnam, baru-baru ini.
Hannah juga menyifatkan silat sentiasa menjadi lubuk emas buat negara di temasya dwitahunan itu, malah dengan momentum sedia ada ia merupakan satu perkembangan positif menjelang ujian sebenar di Thailand nanti.
"Dalam Sukan SEA silat memang kami bergantung untuk bawa pulang (pingat), saya mahukan pelapis yang kurang pendedahan daripada kejohanan luar negara.
"Jadi saya minta guna persatuan gunakan peluang yang kita ada untuk anjurkan kejohanan agar pelapis ada peluang untuk bertanding.
"Jika mahu bergantung kepada atlet di luar negara, memang sedikit, jadi mereka perlu manfaatkan geran sukan dengan cari penaja dan anjurkan di sini," katanya.
Dalam pada itu, Hannah juga menyentuh berkenaan kenyataan Datuk Seri Lee Chong Wei dalam memberikan ruang dan masa kepada jurulatih perseorangan lelaki negara, Kenneth Jonassen, untuk membentuk kembali kem perseorangan kebangsaan.
Hannah juga berharap nama seperti Ng Tze Yong dapat pulih sepenuhnya daripada kecederaan sekali gus kembali ke dalam skuad kebangsaan secepat yang mungkin.
"Sebelum kecederaan memang dia dalam Program Road To Gold dan pernah tewaskan jaguh seperti Axelsen, jadi saya percaya ada peluang jika dia sembuh.
"Saya percaya juga dengan bantuan Kanneth mereka boleh maju kedepan." tambahnya.