Pelbagai cabaran serta dugaan diharungi oleh skuad kabaddi negara, namun ia tidak pernah melunturkan keazaman mereka dalam memburu pingat dalam Sukan Asia Indonesia.
Kekecewaan empat tahun lalu turut memberikan dorongan lebih tinggi buat mereka untuk berjaya di Jakarta nanti.
Edisi 2014 Incheon menyaksikan Malaysia mempunyai peluang seimbang, apatah lagi ketika itu hanya lapan pasukan mengambil bahagian.
Begitupun, kekalahan kepada tuan rumah, Korea Selatan, meranapkan impian mereka ke separuh akhir, sekali gus terlepas peluang untuk sekurang-kurangnya membawa pulang gangsa.
Kedukaan itu, bagaimanapun, ingin ditebus pada edisi kali ini tetapi cabarannya lebih besar buat skuad kendalian M. Palaniandy itu.
Mereka tidak mempunyai gelanggang latihan tetap di samping kesukaran pemain mendapat pelepasan majikan masing-masing untuk menyertai latihan.
"Kami memiliki perancangan untuk masa akan datang. Sukan Asia kali ini, kami mahu cuba mara ke separuh akhir," kata Palaniandy.
Seramai 12 pemain akan membawa cabaran negara di Jakarta nanti dengan tiga daripada mereka merupakan tonggak daripada skuad 2014.
Antaranya M. Dhinishwaran yang diberi tanggungjawab sebagai kapten untuk skuad kali ini di samping M. Prabahkaran dan M. Sasi Kumar.
Jika negara lain mempunyai sehingga dua tahun untuk membuat persiapan, skuad negara mengharapkan kepada tempoh sebulan terakhir ini sebagai peluang membentuk kombinasi yang mantap.
"Kami mahu memperbetulkan kesilapan lalu dengan mengatasi Jepun dan Korea Selatan sebagai sasaran utama," kata Dhinishwaran.
Sementara itu, Prabahkaran menganggap kekecewaan empat tahun lalu memberi motivasi lebih baik dalam membantu skuad kali ini dalam usaha memburu pingat.
Walaupun jumlah penyertaan pasukan kali ini lebih besar, iaitu 12 negara, dia berpandangan Malaysia mempunyai peluang untuk melakar kejutan meskipun India, Iran dan Pakistan merupakan pilihan bagi saingan kali ini.
"Korea Selatan berada di ranking ketiga dunia dan kami berhasrat untuk menewaskan mereka kali ini," kata Prabahkaran.