Ketua jurulatih skuad ragbi 7s negara, Saizul Hafifi Mohd Nor, terpaksa berulang alik dari Johor ke Kuala Lumpur setiap dua minggu untuk mengendalikan skuad kebangsaan apabila pelepasan daripada majikannya masih tergantung.
Saizul sedang cuba mendapatkan pelepasan daripada majikan, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Bandar Penawar, Johor, dengan bantuan Majlis Sukan Negara (MSN).
Ia sudah berlarutan sejak awal tahun lalu dan buat sementara waktu, sesi latihan kem kebangsaan kini diambil alih pembantunya, Nazeer Nesharah.
Saizul menjangkakan isu itu dapat diselesaikan menjelang bulan depan bagi memudahkan perancangannya membuat persiapan untuk menghadapi Trofi Siri Ragbi Asia, Ogos depan dan Sukan SEA Manila, dari 30 November hingga 11 Disember depan.
"Surat pelepasan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) masih lagi tersangkut sehingga saya terpaksa berulang alik dari Johor ke Kuala Lumpur, kadang-kadang seminggu sekali.
"Saya harap ia dapat diselesaikan bulan depan bagi membolehkan saya mengendalikan skuad negara di Kuala Lumpur," ujar Saizul.
Dalam masa yang sama, Saizul juga sedia berdepan dengan segala kemungkinan seandainya ketua pasukan, Zulkifli Azmi, tidak mendapat pelepasan daripada Pusat Latihan Polis (Pulapol).
Kelibat pemain itu masih ditagih untuk mencukupkan kuota 16 pelatih dalam kem kebangsaan.
"Saya masih mempertimbangkan peranan Zulkifli.
"Saya akan melihat perkembangannya selepas Hari Raya Puasa depan dan kalau masih ada peluang, saya akan mempertimbangkan tempatnya dalam kalangan 17 pemain terlebih dahulu," tambah Saizul.