Ketiadaan ratu pecut Jamaica, Shelly-Ann Fraser-Pryce yang tertinggal bas untuk beraksi dalam acara separuh akhir 100 meter wanita semalam sebenarnya tidak hanya mencetuskan tanda tanya tetapi juga rahmat kepada negara Saint Lucia.

Manakan tidak, ia telah membolehkannya Julien Alfred merangkul pingat emas olimpik bukan sahaja untuk dirinya tetapi juga adalah emas pertama buat negaranya itu.

Sejarah itu mungkin akan dicatat sebagai pencapaian paling berjaya dan terbesar dalam aksi sukan untuk negara itu memandangkan negara kecil yang memiliki populasi tidak sampai 200,000 itu.

Malah jika dilihat penyertaan atlet mereka pada temasya di Olimpik Paris ini, mereka hanya menghantar sejumlah tiga atlet untuk bertanding sahaja yang membabitkan acara olahraga, renang dan pelayaran sahaja.

Justeru menjadi wanita terpantas di muka bumi yang diiktiraf di temsya olimpik adalah satu penganugerahan yang amat besar dan bermakna buat Shelly-Ann dan Saint Lucia.

Apatah lagi itulah satu-satunya pingat yang pernah diperolehi dan ia hadir dengan warna emas dalam sejarah penglibatan mereka dalam temasya terbesar dunia iaitu Olimpik.

Barangkali Shelly-Ann bakal diangkat wira negara yang akan disanjung sepanjang zaman selepas ini dengan sejarah yang dipahatnya di Olimpik Paris 2024!