Bekas pelumba basikal trek negara, Josiah Ng Onn Lam, kembali ke Velodrom Nasional di Nilai tetapi bukan sebahagian daripada kem Malaysia.
Sebaliknya, dia kini menguji kemampuan sebagai jurulatih dengan mengendalikan skuad trek kebangsaan Thailand dalam Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) kali ini.
Josiah mengakui sentiasa merindui sukan berbasikal di tanah air, namun tugasannya kini sudah berbeza.
Dia yang hanya baru lima minggu bersama skuad kebangsaan Thailand menerima tawaran daripada sumber yang tidak dijangka, iaitu menerusi media sosial.
Walaupun belum mengikat kontrak secara rasmi bersama Persekutuan Berbasikal Thailand, dia sudah mempunyai perancangan rapi, terutama dalam persediaan atlet Negara Gajah Perang itu bagi menghadapi Sukan Asia di Indonesia, Ogos nanti.
"Ini rumah saya tetapi boleh dikatakan kesemua bekas rakan sepasukan saya kini menjadi jurulatih. Jadi, saya rasa Malaysia tidak perlukan saya.
"Tetapi saya sentiasa optimis tentang masa depan saya. Sekarang saya sedang menambah baik ilmu kejurulatihan saya. John (Beasley, jurulatih berbasikal trek negara) sangat menyokong saya dan Thailand ialah peluang terbaik saya untuk membina sesuatu," katanya.
Antara pelumba yang berada di bawah tunjuk ajar Josiah adalah pelumba meningkat naik, Jai Angsuthasawit, yang juga baru menyertai pasukan itu tahun ini.
Jai sebelum ini mewakili Australia dan pernah bergelar juara dunia peringkat remaja tetapi kini menjadikan Thailand sebagai "rumah tetapnya".
Menurutnya, jaguh keirin Malaysia, Azizulhasni Awang, adalah antara idolanya dalam sukan ini dan tidak sabar untuk terus berentap dengan juara dunia itu.
"Azizulhasni penunggang yang baik dan sangat bijak. Semasa saya remaja, saya menjadikan Azizulhasni sebagai contoh terbaik.
"Sehingga sampai saat prestasi saya merudum di Australia, saya mula meragui sukan ini. Bekerjasama dengan Josiah membuatkan prestasi saya meningkat secara drastik dalam hanya lima minggu," kata Jai lagi.