Anthony Joshua menyatakan hasratnya untuk menjadi juara terulung kelas heavyweight menjelang pertarungan berpotensi dengan Tyson Fury, yang menegaskan dia akan mengalahkan pesaingnya dalam tiga pusingan.
Dalam pertarungan pertamanya di tanah air dalam lebih dua tahun, Joshua berjaya mempertahankan gelaran IBF, WBO dan WBA dengan mengatasi Kubrat Pulev di pusingan kesembilan di Wembley Arena awal pagi tadi.
Kemenangan itu menyaksikan dia telah melepasi halangan terakhir sebelum pertemu Fury, yang memegang gelaran WBC selepas meraih kemenangan ke atas Deontay Wilder awal tahun ini.
Bagi Joshua, legasi yang dibina ketika ini menjadi sasarannya ketika menjangkakan bakal menyempurnakannya tahun hadapan.
"Saya memulakan permainan ini pada tahun 2013, saya telah mengejar semua tali pinggang dan mengikut setiap langkah dengan cara yang terbaik," kata Joshua kepada Sky Sports Boxing.
"Sudah tentu saya mahukan cabaran. Ini bukan mengenai lawan, ini mengenai legasi dan gelaran.
"Sesiapa yang memegang gelaran, saya ingin bersaing dengan mereka. Sekiranya itu adalah Tyson Fury, biarlah lawan seterusnya Tyson Fury. Bukan masalah besar.
"Ini hanya satu pertarungan pada satu masa, memilih mereka satu persatu. Saya mesti terus fokus."
Fury turut cepat memberikan keputusan perlawanan di media sosial, menyiarkan video termasuk ramalan kemenangan awal yang memihak kepadanya, sekiranya pertarungan berlangsung lebih awal tahun depan.
"Saya tahu bertinju -- saya akan tumbangkan Joshua dalam tiga pusingan. Saya tidak sabar untuk menumbangkan dia."
Mengenai perlawanan dengan Pulev, yang jatuh empat kali dalam pertarungan ini, Joshua berkata, "Ini pertarungan -- kurang bercakap, lebih banyak aksi.
"Saya harap semua orang berpuas hati malam ini, bukan hanya dengan pertarungan saya tetapi juga kepada keseluruhan pertarungan."

We don’t have to prove anything to no one but ourselves. pic.twitter.com/CDbo5h7ydj
— Anthony Joshua (@anthonyfjoshua) December 12, 2020