Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Ini sebab sebenar kenapa jurulatih Malaysia berlari peluk Indonesia rai emas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

skate

Semangat kesukanan tanpa mengira lawan!

Antara peristiwa paling mencuri tumpuan melibatkan keakraban dua negara, Malaysia, yang menyambut kejayaan wakil Indonesia dalam sukan papan selaju (skateboard street) Sukan SEA Thailand, baru-baru ini.

Advertisement

Seperti satu kejayaan yang dikongsi bersama.

Meninjau satu video yang tular, rata-rata warga Indonesia terharu dengan pegawai Malaysia tersebut yang menyokong negara jiran, sambil menjunjung semangat kesukanan tanpa mengira siapa-siapa.

Suasana emosional itu sememangnya mewarnai gelanggang, termasuk tepukan gemuruh peminat yang hadir.  

Ditanya kepada ketua jurulatih, Mariss Khan, dia mempunyai sebab-sebab tersendiri mengapa berbuat demikian.

"Siapa-siapa yang berada dalam momen itu akan membuat benda yang sama.

"Basral atas kertas memang patut menang. Dia sudah gagal sewaktu percubaan kali kedua.

"Ketika itu, Thailand sedang mendahului mata dan menanti untuk merangkul kejuaraan.

"Apabila nampak dia berjaya 'land' pada percubaan terakhir, kami berlari untuk menyambut kejayaan dia.

"Waktu itu, saya seperti 'ketepi semua! Ini momen aku'!

"Lagipun, kami sudah lama mengenali antara satu sama lain.

"Ini keindahan sukan papan selaju (skateboard street). Kita bukan bersaing dengan pihak lawan, malah berlawan dengan halangan.

"Dia orang terakhir. Jadi kami sangat teruja," katanya kepada Astro Arena.

Basral Graito Hutomo tidak menyangka dirinya akan memenangi pingat emas dalam skateboard street selepas mengumpul 166.7 mata mengatasi pencabar dari tuan rumah.
 

Must Watch Video