Skip to main content

Sepak Takraw

CelcomDigi STL Premier: Defenders, Bison bawa semangat kemenangan ke suku akhir

ll
Advertisement

Perebutan slot suku akhir Grand Prix (GP) Kuala Lumpur CelcomDigi Sepak Takraw League (STL) Premier berterusan dengan tuan rumah Kuala Lumpur (KL) Thunder tersingkir di tangan PDRM Defenders.

Seperti dijangka, aksi membabitkan kedua-dua pasukan berlangsung sengit sejak awal permulaan di Stadium Titiwangsa itu.

Advertisement

Aksi bertukar mata pendahulu silih berganti sehingga kedua-dua pasukan terikat 13-13 pada set pertama.

Bagaimanapun, Defenders yang diwakili oleh Shahalril Aiman Halim selaku pelibas, Worapat Kaewtawatwiset (tekong) dan Shahalril Aimin Halim (feeder) memastikan set pertama milik mereka dengan keputusan 15-13.

Advertisement

Thunder cuba bangkit untuk sekurang-kurangnya mengikat kedudukan set kedua, sekali gus mengheret permainan ke set penentuan.

Dan walaupun aksi sengit mengheret ke mata dius, namun Defenders yang memastikan slot ke suku akhir menjadi milik mereka selepas mencatat kemenangan 17-16.

Satu lagi aksi sengit membabitkan dua pasukan yang sudah pun layak ke suku akhir, iaitu ATM Guardians dan Perak Bison.

Ketika memasuki situasi getir, Bison selaku juara GP Penang nyata lebih tenang untuk unggul dengan keputusan 15-7, 13-15, 17-14.

 

Jadual suku akhir esok: 

 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video