Skip to main content

Bola Sepak

AFC perkenal Nations League setara Eropah, peluang Harimau Malaya bertemu gergasi Asia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

AFC

Format pertandingan dan cara pelaksanaannya akan diumumkan dalam masa terdekat.

Dua kejohanan besar selepas penganjuran Piala Asia.

Advertisement

Bola sepak rantau Asia akan melewati fasa kemajuan apabila satu kejohanan akan diperkenalkan mirip Liga Negara-Negara Eropah (UNL) melibatkan seluruh gergasi Asia di bawah gabungan dan rakan kongsi Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Paling menarik, ke semua perlawanan akan berlangsung dalam kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Selain aksi persahabatan, ini adalah kelebihan tertentu bagi setiap pasukan menguji kekuatan antara satu sama lain, termasuk mencabar kejuaraan.

Harimau Malaya berpeluang bertemu negara-negara di ranking tertinggi dunia dalam skop Asia. 

Must Watch Video