Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Kami tahu Indonesia akan jumpa Malaysia dalam final -- Dhaarma Raj

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Raj

'Sumpahan’ Dhaarma Raj Abdullah seolah-olah membelenggu skuad hoki dalam dewan lelaki kebangsaan apabila Malaysia sekali lagi tumbang di tangan Indonesia.

Ibarat pertemuan ulangan final edisi 2023 di Kemboja dua tahun lalu yang menyaksikan Malaysia tewas kepada Indonesia dalam penalty shootout, sekali gus kempunan meraih pingat emas dalam Sukan SEA Thailand.

Advertisement

Skuad negara hadir dengan misi membalas dendam, bagaimanapun diberi tentangan sengit hingga perlawanan terikat 4-4 sebelum penalty shootout dimenangi lawan dengan keputusan 2-0.

"Bukan mencari alasan, tetapi ada segelintir keputusan pengadil yang sedikit berat sebelah ke arah Indonesia, tetapi kami terima dengan hati terbuka.

"Kami bermain selama 40 minit. Kami hanya kalah ketika penalty shootout.," kata ketua jurulatih, Amin Rahim.

"Kami seperti menentang enam (6) lawan lapan (8). Sebab bagi saya, apa keputusan pengadil sangat teruk.

"Perkara tak sepatutnya ditiup, perkara yang sepatutnya pula tidak ditiup," kata kapten, Najmi Farizal Jazlan.

Bagi Indonesia, ia merupakan satu kejayaan besar dapat menewaskan negara. Dhaarma Raj ditemui wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, menegaskan bahawa pasukannya sudah lama menunggu detik ini untuk mengalahkan Malaysia.

"15 bulan pasukan Indonesia berlatih. Fokus terhadap pasukan lelaki kerana ini sahaja pasukan yang boleh memenangi emas.

"Sudah beberapa bulan saya menunggu aksi ini. Saya sudah tahu Indonesia akan menentang Malaysia dalam final.

"Kami memang memerlukan emas ini untuk perkembangan hoki Indonesia. Hoki akan mula diberi perhatian khusus di Indonesia," kata Dhaarma Raj.

Sementara itu, skuad wanita pula dilanda badi kekalahan berterusan kepada Thailand susulan tumpas 4-2 dalam aksi final petang tadi.

Keputusan itu menyaksikan skuad wanita juga kempunan untuk menikmati kilauan emas selepas turut dikecewakan kepada lawan sama dalam pentas final edisi terdahulu.
 

Must Watch Video