Skuad hoki negara perlu berwaspada dengan pertahanan Korea Selatan, Jang Jong-hyun, walaupun penjaring terbanyak Liga Hoki Malaysia (LHM) itu masih belum mencipta gol selepas dua perlawanan dalam separuh akhir Liga Hoki Dunia di London.
Jong-hyun, yang muncul penjaring terbanyak LHM untuk dua musim berturut-turut, bagaimanapun, belum mencapai prestasi terbaik di Stadium Hoki Lee Valley ketika Korea Selatan ditimpa dua kekalahan berturut-turut.
Malaysia perlu berhati-hati dengan pakar pukulan sudut penalti itu pada awal pagi nanti memandangkan dia mampu menjadi pemusnah impian Malaysia ke Piala Dunia.
"Kami banyak melakukan kesilapan. Ia perlu diperbaiki, perlu lebih tajam. Kami masih berpeluang, namun perlu mengurangkan kesilapan untuk menewaskan Malaysia," katanya.
Korea Selatan kini dalam situasi tertekan selepas tewas mengejut di tangan China 5-2 kelmarin, malah mereka akan terlepas tiket Piala Dunia jika tewas di tangan Malaysia.
Dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A, Jumaat lalu, Korea Selatan kalah 2-1 di tangan skuad di ranking pertama dunia, Argentina.
Rekod pertemuan terakhir Malaysia menentang Korea Selatan menyaksikan skuad negara tewas 3-1 selepas perlawanan terikat 1-1 dalam Kejohanan Hoki Cabaran Juara-Juara Asia, Oktober tahun lalu.