Skip to main content

Sukan Lain

Johor 7s 2025: Kejohanan tarik 36 pasukan, medan persiapan ke Asia 7's, Sukan SEA Thailand

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

j.jpg
JOHOR 7s 2025: Singapore Development Rangkul Kejuaraan Lelaki, Siamese Cats Juara Wanita
Kejohanan Antarabangsa Tarik 36 Pasukan, Medan Persiapan Asia 7s dan Sukan SEA 2026


Kejohanan Johor 7s 2025 Edisi ke-8 melabuhkan tirai dengan kejayaan buat pasukan dari Singapura apabila Singapore Development dinobatkan sebagai juara kategori lelaki manakala Siamese Cats unggul dalam kategori wanita.

Dalam aksi final yang mendebarkan, Singapore Development berjaya menundukkan All For One untuk membawa pulang wang tunai RM5,000 dan trofi kejuaraan. Sementara itu, Siamese Cats mengesahkan kejuaraan wanita selepas menewaskan pasukan Singapore Development dengan skor 57-0 serta meraih hadiah wang tunai RM3,000.

Pemain  Singapore Development , Hidayat Jeffrydin dipilih sebagai Pemain Terbaik Lelaki, manakala Phaekhwamdee Salinda dari pasukan Siamese Cats dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Wanita atas prestasi cemerlang mereka sepanjang kejohanan.




Edisi kali ini menyaksikan penyertaan 36 pasukan dari dalam dan luar negara, menjadikan Johor 7s antara kejohanan ragbi tujuh sebelah paling berprestij di rantau ini. Antara pasukan antarabangsa yang mengambil bahagian termasuk:

Kategori Lelaki:
    •    All For One (Thailand)
    •    Brunei Panthers (Brunei)
    •    Singapore Development (Singapura)
    •    DKI Jakarta (Indonesia)

Kategori Wanita:
    •    Siamese Cats (Thailand)
    •    Singapore Development Team (Singapura)
    •    DKI Jakarta (Indonesia)
    •    Bunga Raya 7s (Malaysia)

Kejohanan ini turut menjadi platform penting bagi pasukan-pasukan dalam rangka persiapan menghadapi Asia 7s Series dan Sukan SEA 2026 yang akan berlangsung Disember ini di Bangkok.

Majlis penutup disempurnakan oleh YB Hairi bin Md Shah, Exco Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Negeri Johor, bersama barisan tetamu kehormat serta rakan-rakan penaja.

Penganjuran kejohanan ini mendapat kerjasama erat daripada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Sukan Negeri Johor, dan Perbadanan Stadium Johor, serta tajaan daripada Exsim Development Sdn Bhd, Brightmark Sdn Bhd, Faiz Sports, AST, dan Rugger District.

Dengan sambutan yang semakin memberangsangkan saban tahun, Johor 7s terus memperkukuh kedudukannya sebagai acara tahunan berprestij dalam kalendar sukan negeri, serta medium berkesan dalam merakyatkan sukan ragbi di Johor.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video