Selepas terlepas aksi Masters, Dustin Johnson berasakan dia sudah bersedia untuk mempertahankan kejuaraan Terbuka Amerika Syarikat di Erin Hills, bermula hari ini.
Kemalangan ngeri memaksa pemain no.1 dunia itu menarik diri daripada Kejohanan Masters, April lalu -- apabila dia mengalami kecederaan belakang selepas jatuh tangga di rumah sewanya.
Bagaimanapun, Johnson berjaya pulih sepenuhnya dan bakal mempersiapkan diri menghadapi kejohanan di Wisconsin susulan kelahiran anak keduanya, River Jones Johnson.
"Sudah tentu saya kecewa kerana tidak dapat beraksi," Johnson memberitahu media, semalam.
"Saya gembira dapat kembali dalam misi mempertahankan kejuaraan minggu ini. Saya sudah mempersiapkan diri dengan bersungguh-sungguh beberapa hari ini. Tetapi segala-galanya bergantung kepada keadaan.
"Saya perlu beraksi baik dalam setiap perlawanan jika mahu berpeluang mempertahankan kejuaraan Ahad ini.
"Saya sudah bersedia, kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku."
Isteri Johnson, Paulina Gretzky, melahirkan anak kedua mereka sehari sebelum bermulanya misi mempertahankan kejuaraan.
Senario itu ternyata sempurna buat Johnson yang mendedahkan mahu menarik diri daripada kejohanan itu andai isterinya masih belum melahirkan anak kedua mereka.
"Segala-galanya bergantung kepada isteri saya ketika itu," jelas Johnson.
Lokasi Terbuka AS tahun ini mendapat reaksi berbeza.
Lapangan gergasi di Erin Hills akan menjadi saksi kepada persaingan pemain golf terbaik dunia bermula hari ini.
"Saya meminati lapangan ini," jelas Johnson yang dikenali dengan pukulan kuat. "Seperti Terbuka Amerika Syarikat sebelum ini, kawasan fairway menjadi fokus utama.
"Fairway merupakan kawasan terbaik untuk bermain. Jadi, keadaan lapangan yang besar di Erin Hills membuka peluang yang lebih baik untuk bermain. Bagi saya, lapangan ini sangat sesuai dengan gaya saya."