Hubungan di antara ahli perniagaan, Ron Dennis, dan pasukan McLaren berakhir selepas dia menjual baki sahamnya bersama pasukan Formula Satu itu, semalam.
Sebelum ini, Dennis telah meletakkan jawatannya sebagai pengerusi dan juga ketua pegawai eksekutif bagi McLaren Technology Group pada November lalu.
Dennis melepaskan jawatannya selepas diminta oleh pemegang saham yang lain dan akhirnya memutuskan untuk menjual baki sahamnya.
“Saya berbesar hati selepas mencapai kata putus bersama pemegang saham McLaren yang lain,” ujar Dennis.
“Ia menamatkan hubungan saya dengan McLaren yang telah terjalin sejak sekian lama dan saya berbangga sepanjang penglibatan saya telah tertulis sebagai sebahagian daripada sejarah McLaren,” tambahnya.
Dennis mengetuai McLaren sejak penghujung 1980 dan telah membawa pelbagai kejayaan buat pasukan tersebut.