Skip to main content

Hoki

Jika gagal bawa The Speedy Tigers ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028, saya akan undur diri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sarjit-singh.jpg
Ketua jurulatih skuad hoki negara, Sarjit Singh, kecewa sudah ada gerakan yang mengkritik revolusi yang cuba dicetuskannya.

Malah, Sarjit merayu agar pertimbangan sewajarnya dibuat dan kemampuan skuad negara hanya mula menilai dalam Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

Sepanjang kempen Piala Negara-Negara, dia individu paling sibuk menempelak pelbagai kritikan pedas yang dilemparkan terhadap dirinya.

Meskipun gagal mecapai sasaran yang ditetapkan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) untuk ke separuh akhir, namun realitinya, Sarjit terpaksa bertarung dengan proses transisi pembentukan skuad berwajah baru.

Pasca kekalahan mengejut skuad negara kepada Wales, Sarjit kembali mengingatkan semua pihak bahawa petunjuk prestasi utama (KPI) dirinya adalah menerusi Sukan Asia 2026.

Di sebalik kekecewaan skuad negara menamatkan kejohanan di kedudukan keenam terbaik, dia kembali meletakkan The Speedy Tigers di ranking ke-12 dunia selepas menewaskan Afrika Selatan tempoh hari.

Kesimpulannya, Sarjit sedang mengharungi fasa kritikal dalam meremajakan skuad negara dan atas dasar itu, pengendali berstatus olimpian berusia 62 tahun itu menuntut ruang dan masa dalam misi mengembalikan zaman kegemilangan The Speedy Tigers.

"Saya sudah katakan peserta kejohanan ini seimbang, siapa yang ambil peluang maka dia akan menang.






"Empat tahun diperlukan untuk bina pasukan, ramai pemain yang boleh dijadikan sandaran. 

"Kami tengah cari pemain lagi, saya berharap pemain muda akan menimba pengajarannya. 

"Apabila diberikan peluang, mereka perlu beraksi (tunjukkan kemampuan)," katanya selepas kempen di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, malam tadi. 

Menurut kapten negara, Marhan Jalil: "Mereka beraksi konsisten dari seawal minit sampai habis.

"walaupun mendahului 3-0 tapi kami lepaskannya dalam suku terakhir. 

"Selain komitmen di atas padang, kami perlu lebih tenang di kawasan 50 meter sendiri."

 

Advertisement

Must Watch Video