Razie Rahim mengakui gembira dengan peningkatan dipamerkan skuad hoki negara sepanjang 10 aksi siri Jelajah Great Britain.
Bagi pakar pukulan sudut penalti itu, apa yang lebih penting adalah memastikan Speedy Tigers kini berjaya kembalikan momentum selepas kemarau aksi kompetitif, susulan pandemik COVID-19.
Razie, yang juga penjaring terbanyak skuad negara dengan lapan gol, menegaskan dia dan rakan sepasukan sentiasa cuba memperbaiki kualiti permainan dalam setiap perlawanan.
Untuk rekod, skuad kendalian Arul Selvaraj menamatkan enam aksi persahabatan dengan satu kemenangan, empat seri dan satu tewas.
Manakala empat perlawanan ujian berkesudahan dengan tiga kemenangan dan satu tewas.
Cabaran seterus menanti mereka adalah Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia 2021 yang dijadualkan berlangsung di Dhaka, Bangladesh disember depan.
"Secara keseluruhan, permainan kami bertambah baik dan ia telah dipamerkan dalam setiap perlawanan yang kami hadapi di sini," kata Razie.
"Perkara paling penting adalah memastikan setiap usaha telah dipamerkan mampu diterjemahkan dalam kejohanan akan datang."