Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah, tidak dapat berselindung bahawa mereka perlu berusaha keras menjelang Perlumbaan 2 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Antarabangsa Chang, esok.

Hafizh Syahrin tidak dapat menamatkan saingan Perlumbaan 1 selepas bergelut sejak pusingan pertama dalam aksi 13 pusingan hari ini akibat masalah jentera Ducati tunggangannya.

"Saya mahu melakukan permulaan yang baik dan saya percaya kami mampu menaiki podium.

"Saya mengharapkan Perlumbaan 1 tadi dapat habiskan dengan baik dan kumpul data yang banyak.

"Masalah mekanikal ini tidak dapat dielakkan, inilah sebahagian daripada perlumbaan dan kami akan bangkit daripada situasi sukar ini.




"Kami akan tengoklah apa yang boleh dilakukan dalam sesi pemanas badan dan Perlumbaan 2.

"Kami akan berusaha keras untuk mengatasi ini. Saya harap dapat berikan saingan pada hari esok," katanya kepada Nadi Weekend hari ini.