Pengulas variasi Smackdown, John Bradshaw Layfield (JBL) membuat pengumuman mengejut yang beliau akan meninggalkan pasukan pengulas untuk jenama kedua WWE itu berkuat kuasa serta merta.
Pengumuman tersebut dibuat melalui akaun Twitter beberapa jam lalu:
Sebab utama mengapa bekas Juara WWE itu melepaskan peranannya di WWE adalah untuk memberi fokus kepada kerja-kerja kebajikan dan pemuliharaan kanak-kanak dan remaja bermasalah yang telah dimulakan sejak tahun 2010.
Berikut merupakan kenyataan penuh JBL:
"Selepas menimbang tara, saya mengambil keputusan untuk berundur daripada tugasan mingguan saya sebagai pengulas Smackdown bagi memberikan sepenuh perhatian dan menyambung projek yang telah saya jalankan sejak tahun 2010 khusus untuk remaja bermasalah dan masyarakat.
Jadual baharu saya ini akan membenarkan saya untuk terus menjadi sebahagian daripada ahli keluarga WWE dan dalam masa yang sama dapat meneruskan kerja-kerja yang saya rasakan terpenting dalam hidup saya waktu ini. Saya akan kekal menyambung hubungan selama 20 tahun bersama WWE dan akan membuat beberapa kemunculan dalam program-program khas seperti Tribute To The Troops, Wrestlemania dan sebagainya.

Dengan bantuan daripada Beyond Sport, saya telah mengasaskan sebuah kelab ragbi bernama Beyond Rugby Bermuda (BRB) pada tahun 2010, yang mana kelab ini telah diiktiraf sebagai atara projek kebajikan terbaik dunia yang memfokuskan kepada remaja bermasalah dan pemulihan akhlak.
BRB telah memenangi Anugerah NACRA Fair Play pada tahun 2014 daripada 7,000 program lain seumpamanya melibatkan 17 negara. Saya pula telah dilantik sebagai Duta Global Beyond Sport, sebuah organisasi yang disokong oleh semula liga sukan utama di Amerika Syarikat.
Saya berbangga kerana selain telah mencipta rekod sebagai Juara WWE paling lama dalam sejarah Smackdown, saya juga merupakan individu bertanggungjawab yang memberi ilham terhadap program Tribute To The Troops pada 10 tahun lalu. WWE telah menjadi tulang belakang dalam banyak kerja-kerja belakang tabir saya selama ini.
Dengan kontrak baharu ini, hubungan saya dan WWE akan terus berpanjangan. WWE telah merealisasikan impian saya dan membantu menaikkan saya menjadi seorang individu yang dikenali di seluruh dunia. Dan kini, WWE akan membantu saya menggunakan nama tersebut untuk membawa perubahan dalam masyarakat.”

JBL atau nama sebenarnya John Charles Layfield, 50, telah memulakan kariernya sebagai ahli gusti profesional sejak tahun 1992 dan menyertai WWE pada awal tahun 1995 dengan gimik seorang koboi Texas bernama Justin Hawk Bradshaw. Diuruskan oleh Uncle Zebekiah (Zeb Colter), gimik ini walaubagaimana pun tidak berapa menjadi dan Bradshaw bergandingan pula dengan Barry Windham lalu membentuk pasukan regu yang diberi nama The New Blackjacks.
Nama Bradshaw terus menyinar apabila berpasangan dengan Faarooq seraya menubuhkan pasukan Acolytes Protection Agency (APA) dari tahun 1998 hingga 2002. Hasil pemecahan jenama Raw dan Smackdown pada tahun yang sama, Bradshaw dan Faarooq terpaksa berpisah apabila Bradshaw diletakkan di bawah jenama Raw manakala Faarooq menyertai kem Smackdown.

Karakter Bradshaw mengalami transformasi 360 darjah apabila beliau membawa watak JBL, seorang konglomerat dan hartawan saham berjaya. Dengan bantuan Orlando Jordan dan Basham Brothers, JBL membentuk pakatan The Cabinet dan berjaya merampas Kejuaraan WWE daripada Eddie Guererro di acara Great American Bash 2004. Penguasaannya sebagai Juara WWE hanya berakhir hampir setahun kemudian apabila tewas kepada John Cena di acara Wrestlemania 21 pada tahun 2005.

JBL mula membiasakan diri dengan kerja-kerja ulasan bermula tahun 2006 dan menjadi pengulas tetap pada tahun 2012 bagi menggantikan Jerry ‘The King’ Lawler yang mengidap sakit jantung ketika itu. Tugasan tersebut diteruskan sehingga kini apabila beliau bergandingan dengan Tom Phillips dan Byron Saxton untuk siaran Smackdown.
Walaupun pernah terpalit dengan beberapa kontroversi seperti didakwa suka membuli kakitangan baharu di belakang tabir, namun gaya ulasan JBL wajar diberikan kredit kerana agak unik dan berbeza. Walaupun sering tampil sebagai pengulas yang sering menyebelahi penggusti berhaluan kiri, namun JBL gemar menyelitkan fakta dan trivia dalam setiap ulasannya bagi memberi info berguna kepada para penonton.
Dengan jumlah kejuaraan yang telah dimenangi seperti Kejuaraan WWE (sekali), Kejuaraan Antara Benua (sekali), Kejuaraan Amerika Syarikat (sekali), Kejuaraan Tempur Lasak (18 kali), Kejuaraan Eropah (sekali) dan Kejuaraan Regu (3 kali), tiada apa lagi yang perlu dikejar JBL di WWE. Sebagai ‘orang lama’ di WWE, sudah tentu segala sumbangannya tidak akan dilupakan dan pengalamannya selama bertahun-tahun akan terus diiktiraf badan gusti terbesar dunia tersebut.

Terima kasih JBL.
Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia, WWE Network dan saksikan semua acara pay per view lain setiap bulan eksklusif secara langsung yang turut boleh diikuti di Astro Go.
Hafiz Azwany Taher merupakan pengasas kepada kelab komuniti Peminat Gusti Malaysia yang kini telah menghimpunkan lebih 19,000 peminat gusti di Malaysia. Diasaskan pada tahun 2010, komuniti ini kini merupakan platform utama para peminat gusti di Malaysia untuk berkongsi minat yang mendalam terhadap sukan gusti professional.

Biggest announcement of my life to follow! At 50 years old I aim to spend my time left making a difference. Very grateful.
— John Layfield (@JCLayfield) September 1, 2017
After much consideration, I will be stepping back my weekly role as Smackdown Announcer to dedicate more (cont) https://t.co/An7zuYRFmV