Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Kongres FIFA kecoh! Palestin tempelak Infantino

FIFA

Presiden Persatuan Bolasepak Palestin (PFA), Jibril Rajoub, enggan berdiri di sisi orang penting bola sepak negara haram Israel, Basim Sheikh Suliman, dalam satu sidang hangat Kongres Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) awal pagi tadi.

Kedua-dua wakil itu dipanggil oleh Presiden FIFA, Gianni Infantino, tetapi Rajoub enggan dibawa mendekati Suliman.

Advertisement

Infantino meletakkan tangannya di lengan Rajoub dan mengajaknya dengan isyarat untuk mendekati Suliman, tetapi ia mencetuskan kemarahan Rajoub, sekali gus tidak menghiraukan Infantino.

"Saya tidak boleh berjabat tangan dengan seseorang yang telah dibawa oleh Israel untuk menutupi fasisme dan pembunuhan beramai-ramai.

"Kami sedang menderita."

Israel menafikan melakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

Infantino kemudian berkata: "Kami akan bekerjasama. Mari kita bekerjasama untuk memberi harapan kepada kanak-kanak. Ini adalah perkara yang rumit."

Rajoub berkata: "Daripada pihak saya, saya masih menghormati dan mengikuti prosedur undang-undang tetapi saya fikir sudah tiba masanya untuk memahami bahawa Israel harus dikenakan sekatan.

"Saya enggan berjabat tangan.

"Sukan tetap sukan… bagi saya itu harus dihormati, tetapi jika pihak lawan mewakili penjenayah, bagaimana saya boleh berjabat tangan atau bergambar dengan lelaki seperti itu?

"Saya fikir Gianni berhak untuk cuba merapatkan jurang dan menyatukan orang ramai tetapi saya fikir mungkin dia tidak faham atau tidak tahu penderitaan mendalam rakyat Palestin."
 

Must Watch Video