Presiden Persatuan Badminton China (CBA), Zhang Jun, sedang disiasat oleh pihak bertanggungjawab berikutan dakwaan pelanggaran disiplin dan undang-undang yang serius.
Menurut laporan media tempatan negara itu, pemenang pingat emas Sukan Olimpik dua kali berturut-turut tersebut sedang menjalani semakan disiplin oleh Badan anti-rasuah.
Advertisement
Kenyataan oleh Suruhanjaya Pusat untuk Pemeriksaan Disiplin Kebangsaan tidak memberikan butiran jelas tentang mengapa bekas bintang beregu campuran itu disiasat.
Umum mengetahui bahawa negara republik itu melancarkan inisiatif membasmi rasuah secara besar-besaran sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Zhang Jun menyertai kakitangan kejurulatihan pasukan kebangsaan selepas bersara pada tahun 2007, sebelum menjadi presiden CBA pada tahun 2019.
Breaking! 🇨🇳 Zhang Jun, two-time Olympic gold medalist and president of the Chinese Badminton Association, is under investigation for serious disciplinary and legal violations by China’s top anti-corruption authorities.
Announced by Chinese state media People’s Daily today. pic.twitter.com/sgwXnSgX6H— BadmintonRanks (@BadmintonR45199) April 29, 2026
Pada Ogos 2023, Zhang dipilih semula sebagai presiden semasa mesyuarat agung ketujuh persatuan itu.
Khabar angin telah tersebar apabila Zhang tidak kelihatan baru-baru ini.
Zhang terlepas perlawanan permulaan pasukan kebangsaan lelaki dan wanita China yang bertanding dalam Piala Thomas & Uber di Denmark Jumaat lalu.
Menurut berita baru-baru ini oleh sebuah akhbar Cina, beberapa orang dalaman mendedahkan bahawa siasatan itu terutamanya berkaitan dengan perkara semasa tempoh perkhidmatannya di CBA, bersama-sama dengan kerjanya di wilayah Jiangsu.
Akhbar itu berkongsi pada hari Jumaat bahawa wartawannya cuba menghubungi telefon bimbit Zhang beberapa kali selama beberapa hari, tetapi ia dimatikan.
Kakitangan di CBA memberitahu wartawan bahawa mereka tidak mengetahui situasi Zhang.