Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, menegaskan bahawa isu berkaitan pingat yang dirampas daripada pemenang dalam Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) Semporna baru-baru ini telah diselesaikan secara baik menerusi pertemuan semua pihak yang diadakan.
Jelasnya, pihaknya mengambil maklum isu tersebut yang tular di media sosial sejak kelmarin.
"Isu berkenaan diselesaikan secara harmoni dan baik di semua peringkat.
"Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), guru, sekolah, ibu bapa dan keluarga (pelajar) menyelesaikan perkara itu secara baik," jelasnya kepada media selepas menghadiri Seminar Kepimpinan Madani: Cakna Pendidikan Digital di Dewan Resital Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Jelasnya lagi, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil tanggungjawab menyelesaikan isu tersebut dan berharap apa saja masalah yang ditimbulkan mestilah diselesaikan secara perbincangan.
KPM juga jelasnya sedia untuk melakukan siasatan susulan seandainya terdapat isu atau dakwaan lain berkenaan kontroversi tersebut.
Sabtu lalu, seorang pengguna di laman Facebook yang menggunakan 'Mukmin Nantang' memuat naik hantaran yang mendakwa atlet lelaki di bawah bimbinganya turut bertanding pada kejohanan tersebut di bawah kategori 15 tahun.
Bagaimanapun, atlet tersebut yang berjaya menamatkan larian di tempat kedua didakwa menaiki kereta ketika perlumbaan tersebut berlangsung.
Pingat tersebut kemudianya dirampas tanpa disiasat sebelum diberikan kepada peserta yang menduduki tempat ketiga.