John Isner mara ke final Terbuka Atlanta buat kali kelima berturut-turut selepas menumbangkan Gilles Muller, semalam.
Isner mara ke final tahun lepas selepas menjuarai tiga edisi berturut-turut pada 2013 sehingga 2015.
Pemain tinggi lampai itu mengatasi Muller 6-4, 6-2.
"Satu perlawanan yang baik. Tiada sebab untuk saya mengadu apa-apa hari ini. Segala-galanya berjalan lancar dan sudah pasti saya akan bersedia dengan pertembungan esok (hari ini)," kata Isner.
"Fizikal saya dalam keadaan baik, mungkin ini yang terbaik setelah beberapa lama. Paling penting, saya berasa lebih yakin kali ini."
Isner bakal berdepan rakan senegara, Ryan Harrison, dalam final.
Harrison mengatasi wakil Britain, Kyle Edmund, 6-7 (5-3), 6-3, 6-4 dalam satu lagi separuh akhir semalam.