Bekas pelumba basikal negara, Ishak Alwi, nyata terkesan sekiranya tiada lagi bantuan daripada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) akibat kekurangan dana yang kritikal, lebih-lebih lagi dia kini masih menjalani rawatan susulan selepas kaki kanannya dipotong bulan lalu.
Ishak tidak menolak peranan YAKEB amat bermakna dalam hidupnya sejak dia tidak lagi bergelar atlet bermula awal 90-an dan telah menerima bantuan sehingga RM20,00 apabila kaki kanannya terpaksa dipotong bulan lalu akibat jangkitan kuman.
Namun, dia kini perlu memahami situasi kekurangan dana yang kritikal dihadapi YAKEB dan mungkin sukar untuk menerima bantuan lagi selepas ini.
Ishak yang merupakan adik kepada seorang lagi bekas atlet kebangsaan, Rosman Alwi, tetap berharap bantuan terus diberikan kepada YAKEB agar mereka dapat terus meringankan beban bekas atlet lain selepas ini.
"Semestinya saya berasa sedih kerana sebelum ini, itu sahaja yang ada untuk bekas-bekas atlet. Akhir-akhir ini baru dapat tahu dana tidak mencukupi dan kerajaan baru masih tidak mengenali YAKEB.
"Bagaimanapun, wakil YAKEB telah menerangkan peranan mereka dan kalau bantuan itu tiada, ia menyukarkan kami untuk meneruskan hidup memandangkan kebanyakan kami tidak bekerja," ujarnya.
Ishak kini berkerusi roda bagi meneruskan kehidupan seperti biasa dan bakal diberikan kaki palsu yang dianggarkan berharga RM8,500 oleh YAKEB sekiranya masalah kewangan dapat diselesaikan.
"Sewaktu pembedahan dalam masa setahun, wang yang saya gunakan adalah sebanyak RM20,000. Itu mengikut kategori.
"Selepas hampir tujuh atau lapan hari, pihak Hospital Pantai memberitahu saya bahawa dana itu sudah habis, jadi saya terpaksa berpindah ke Hospital Besar Ampang," jelasnya.